Askar Sulu Diserang Oleh Askar Malaysia Di Lahad Datu

Askar Malaysia Mati
Beberapa berita yang ZoOM baca mengenai kejadian serangan askar kita yang berani dan berkorban untuk Negara.
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina, di sini hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke
dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

Sumber : BERNAMA

LAHAD DATU: Beberapa terbunuh apabila pertempuran meletus antara polis dan tentera dengan tentera kesultanan Sulu, Sultan Jamalul Kiram 111 pagi ini.

Menurut radio Filipina yang memetik keluarga Jamalul, termasuk adiknya, Azzimudie Kiram, sudah beberapa terbunuh apabila pertempuran mula meletus antara mereka dengan polis dan tentera Malaysia.

Bagaimanapun laporan itu tidak menjelaskan berapa ramai yang terkorban sehingga kini.

Akhbar Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kira-kira 60 penceroboh bersenjata itu.

Sumber :Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Dua anggota komando dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar apabila pertempuran tercetus antara pihak polis dan penceroboh bersenjata dari Filipina yang menduduki kawasan kampung di Lahad Datu, Sabah.

Sepuluh anggota penceroboh berkenaan turut dilaporkan terbunuh apabila polis menyerbu kawasan yang diduki mereka, kata jurucakap kumpulan berkenaan sebelum ini.

Agensi berita Bernama berkata wartawannya melihat mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Keadaan di kawasan pesisir pantai di Lahad Datu sunyi sepi selepas bermulanya kejadian tembak menembak antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan di Sabah, lapor media Filipina hari ini.

Abraham Idjirani, jurucakap bagi pihak pemberontak, melaporkan 10 anggotanya terbunuh apabila anggota polis menyerbu kawasan yang diduduki mereka.

Portal The Phillipine Daily Inquirer memetik laporan Free Radio Sarawak berkata kawasan tanaman sawit di Felda Sahabat 17 berhampiran Kampung Tanduo, di mana pemberontak berkampung sejak 9 Febuari lalu, “sunyi sepi”.

Borneo Insider online pula melaporkan seorang anggota Komando VAT69 Malaysia terbunuh.

Bernama pula melaporkan dua anggota Komando Polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo.

Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.

Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sulu Sultan Jamallul Kiram III, memetik laporan Philippine Daily Inquirer.

Ketua SAPP Datuk Yong Teck Lee berkata kepada The Malaysian Insider perintah berkurung akan dikeluarkan di Lahad Datu jam 4 petang ini, dan melarang mana-mana pergerakan kenderaan.

Seorang anggota polis di Balai Polis Daerah Lahad Datu yang enggan dinamakan berkata kepada The Malaysian Insider, bagaimanapun berkata, arahan perintah berkurung atau darurat masih lagi belum dikeluarkan.

Yong turut berkata khabar angin mula merebak di kawasan sekitar Lahad Datu berkenaan pertambahan jumlah pemberontak di Semporna dan Silam.

“Orang ramai lebih teruja berbanding takut kerana sejak beberapa dekad, insiden keganasan jarang-jarang berlaku, ini yang paling lama,” kata Yong dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Jamallul menegaskan kumpulan bersenjatanya itu tidak akan meninggalkan kawasan tersebut, walaupun bertempur.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak berkuasa Malaysia memulakan tembakan ke arah pemberontak Filipina itu dalam twetnya: “Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak memulakan sebarang tembakan tapi kami ditembak pada jam 10 pagi tadi!”

Agensi berita Bernama turut memetik Hishamuddin sebagai berkata Malaysia telah memberikan tempoh masa yang mencukupi untuk penceroboh berkenaan meninggalkan Sabah secara aman.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Feburai lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah.

Pendudul di Lahad Datu berkata kepada The Malaysian Insider para peniaga menutup premis mereka di sekitar kawasan bandar dan ibu bapa mula mengambil anak-anak mereka dari sekolah.

Datuk Yong Teck Lee juga dalam tweetnya berkata syarikat penerbangan MAS turut menunda penerbangannya ke Lahad Datu.

Beliau berkata, menurut penduduk beberapa pesawat tentera turut mendarat pagi tadi.

Penceroboh berkenaan mula memberontak apabila beberapa pengikut Agbimuddin mahu pulang ke Filipina, menurut portal berita The Star Online Isnin lalu.

Kumpulan tersebut sebelum ini mengatakan tidak mahu pulang ke Sabah kerana mereka “adalah warga Kesultanan Sulu”.

Reuters melaporkan Malaysia membayar “sewa” kepada Sultan Sulu untuk Sabah —  sejak zaman penjajahan British.

Pada 2000, sekumpulan militan dari selatan Filipina menculik 21 pelancong asing dari resort menyelam di Sipadan.

Pada tahun 1985, 11 orang terkorban apabila sekumpulan bersenjata yang dipercayai dari selatan Filipina, memasuki Lahad Datu dan menembak secara rawak sebelum merompak Bank Standard Chartered.

 

Sumber : Malaysiainsider

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga askar/polis dan pasukan keselamatan negara kita berjaya mengembalikan maruah kita dan mengusir si penceroboh.

Dan marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada pejuang kita yang telah terkorban demi Negara.

 

Jangan Lupa Komen Yer !!

One Response to Askar Sulu Diserang Oleh Askar Malaysia Di Lahad Datu

  1. Farrah says:

    I will immediately seize your rss feed as I can not find your email subscription hyperlink or newsletter service. Do you have any? Please let me know in order that I could subscribe. Thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge