(Berita) Pakar Motivasi Bercerai Talak 1 !!!!

MELAKA: Pakar motivasi, Dr Azizan Osman, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Madiha Mohammad, 33, secara baik, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ayer Keroh, Muhammad Yusro Borhan Nordin, jam 11.58 pagi, semalam.

Azizan, 35, yang terkenal menerusi beberapa program motivasi kelihatan tenang ketika membacakan lafaz perceraian itu di hadapan isterinya yang sebelum itu bersalam dan mencium tangannya sebagai tanda memohon kemaafan.

Baca Selanjutnya

Muhammad Yusro yang mendengar lafaz cerai itu mengesahkannya serta memerintahkan Azizan mendaftar perceraian itu di Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), manakala Madiha diperintah beredah tiga kali suci.

“Mahkamah dengan ini mensabitkan jatuh talak satu kali pertama berjumlah satu talak,” katanya yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.

Beliau turut mengingatkan kedua-dua plaintif dan defendan supaya bermuhasabah diri di atas kejadian berlaku.

Terdahulu, peguam syarie, Mohd Mohtar Karim yang mewakili Azizan memberitahu kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perceraian secara baik.

Peguam Madiha, Mohd Adli Ithnin pula memberitahu defendan akur permohonan plaintif walaupun sepanjang perkahwinan tiada masalah rumah tangga berlaku.

Credit : Metro

Zoom KOmen: Ada juga kes masa ni yer, walaupun seseorang itu pakar dalam segala-galanya namun tidak semua dapat dijangkakan..!! semua adalah ketentuan darinya, bukan ingin menjatuhkan maruah seseorang tetapi sebagai panduan kita bersama. Apa Kata Anda !!!?

Direct Email

Jangan Lupa Komen Yer !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge