20 Gambar Perkahwinan Anne Ngasri Dan Sumali 22 Dec 2012

Gambar Perkahwinan Anne Dan Sumali

Alhamdulillah akhirnya Adik Anne Ngasri kita selamat di ijabkabulkan dan kini sah menjadi isteri kepada Mohd Sumali Reduan. Semoga ikatan suci yang dimeterai dan dilafazkan semalam akan kekal hingga ke akhir hayat, dan berikut adalah beberapa gambar yang ZoOM Save dan Upload di sini.

Pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri dan Mohd Sumali Reduan, telah selamat dinikahkan di rumah keluarga pihak lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor.Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50 pada pukul 11 pagi Sabtu.Dalam pada itu, Anne yang mengenakan busana rona krim .

Luahan Anne : Dia berharap perkahwinan kali kedua itu dapat berkekalan dan berdoa agar cabaran dan dugaan yang bakal diterima boleh diatasi dengan baik.Sudah setahun perkenalan kami. Moga-moga perkahwinan ini dapat berkekalan hingga akhir hayat, InsyaAllah.

Luahan Sumali : Dia bersyukur kerana memiliki Anne yang mempunyai banyak persamaan karakter dengannya dan paling penting, anak tunggal lelaki itu serta tiga anak Anne serasi untuk hidup bersama.Sebenarnya banyak persamaan di antara kami dan saya harap ia dapat mengikat kasih kami sehingga akhir hayat.Saya juga tidak akan menghalang Anne untuk melakukan aktiviti-aktiviti lakonannya seperti biasa

Anne  menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju,manakala Sumali menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin.

Bagaimanapun, pasangan tersebut akan mengadakan majlis persandingan pada hari esok (Ahad) di kediaman pihak lelaki.

Dan berikut 20 Gambar Perkahwinan Anne Dan Suami :

Jangan Lupa Komen Yer !!

One Response to 20 Gambar Perkahwinan Anne Ngasri Dan Sumali 22 Dec 2012

  1. nurshop says:

    Semoga kekal hingga akhir hayat :)
    nurshop recently posted..Butang Baju Melayu Mutiara ( Putih & Hitam )My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge