(Gossip) Rebecca Tak Percaya Bakal HUsband Kaki Pukul !!

Heboh mengatakan Bakal Suami Pelakon Yang tengah meletup nie kaki pukul di satu laman web popular..Kesahihan belum dapat dipastikan tetapi bakal isterinya membidas kenyatan dan gossip liar mengenai bakal suaminya…Berikut zoom upload petikan dari gadis berdarah kacukan ini….

Baca Selanjutnya

“SAYA tak percaya dia kaki pukul kerana dia seorang yang lemah-lembut dan baik hati..,” kata pelakon cantik campuran Indonesia -Arab-Melayu-Cina, Rabecca Nur Al-Islam Ahmad setelah ditanya tentang bakal suaminya, duda anak dua.

Persoalan itu timbul setelah ada dakwaan daripada sumber yang tidak dikenali mengatakan Rabecca disyaki sedang bercinta dan bakal berkahwin dengan lelaki yang didakwa kaki pukul itu.

Semuanya gara-gara Rabecca pernah menyebut tentang pilihan hatinya iaitu duda anak dua dalam sebuah akhbar tabloid.

Malah, sumber itu juga menjelaskan yang anak duda itu memberitahu pernah melihat gambar Rabecca berpelukan dengan bapanya.

Nama dan pekerjaan lelaki itu juga didedahkan oleh sumber itu tetapi setelah disahkan dengan gadis yang mesra dengan gelaran Becca ini, dia menafikannya.

Sambil ketawa, Becca memaklumkan yang lelaki itu bekerja sebagai peguam dan merupakan sepupu kepada salah seorang penyanyi terkenal.

Ternyata Becca lebih mengenali duda itu setelah berkenalan sejak dua tahun lalu. Dia juga mengaku rapat dengan dua orang anak duda itu yang berusia 13 tahun dan 7 tahun termasuk ahli keluarganya yang lain.

“Tahun lalu, saya mengikut dia pulang ke kampungnya tetapi tahun ini saya tak dapat sebab saya sibuk dengan majlis ‘reunion’ bersama kawan-kawan yang satu sekolah dengan saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru, Johor Bahru.

“Waktu saya kenal dia pun, dia sudah bercerai dengan bekas isterinya. Jadi agak lama juga dia menduda sehinggalah kami bertemu pada dua tahun lalu.

“Kami diperkenalkan oleh rakan saya dan waktu itu saya hendak menjual insurans kepadanya kerana selain berlakon, saya juga membuat kerja sambilan sebagai ejen insurans Arab-Malaysian. Tetapi sekarang saya dah tak jual insurans lagi kerana dia tak izinkan.

“Sejak dari kami berkawan, dia juga memperkenalkan anak-anaknya dan saya suka berborak dengan mereka yang suka bercerita.

“Saya juga dah rapat dengan keluarganya yang datang dari orang baik-baik dan golongan beragama.

Info : Mstar

Zoom Komen: Apa-apalah asal anda bahagia…Apa komen u alls ? KOmenlah !!

Direct Email

Jangan Lupa Komen Yer !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge