Maimon Mutalib Menghidap Kanser Tahap Empat

Maimon Mutalib kanser

Senyuman didepan kaca TV hanyalah lakonan semata-mata, tetapi ia tidak menggambarkan bertapa kuatnya akak Maimon Mutalib kita melawan penyakit kanser yang beliau hidap tanpa meminta belas kasihan atau simpati untuk meringankan beban beliau.

Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan :

Maimon, 54, berkata, dia enggan menagih simpati atau menyusahkan mana-mana pihak dengan meminta bantuan semata-mata untuk meringankan kos rawatan itu.

“Tak perlulah saya meminta ke sana dan sini atau menagih simpati orang semata-mata untuk melawan penyakit ini habis-habisan.

“Cukuplah saya berikhtiar merawat mengikut kemampuan kewangan saya selagi terdaya.

“Kalau ditakdirkan saya sudah tidak mampu lagi saya reda dan pasrah dengan apa-apa kemungkinan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.

Keadaan kesihatan Maimon yang sudah setahun menghidap penyakit itu semakin merosot sehingga memaksa dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada bulan lalu selepas mengalami kekejangan pada pangkal paha.

Difahamkan, barah itu sudah merebak ke bahagian tulang belakang yang menyebabkan tulangnya mereput dan sukar bergerak.Ia turut menjangkiti paru-paru dan bahagian mata kiri sehingga kelopak matanya sukar dibuka.

Ibu tunggal kepada lima anak itu berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu penderitaan tersebut mengundang sebarang persepsi di kalangan mana-mana pihak.

“Kenyataan hidup ini memang banyak dugaan yang perlu kita hadapi. Saya sudah lama lalui pelbagai kesulitan sejak kematian suami 15 tahun lepas.

“Apabila diduga dengan penyakit ini, saya harus tempuh semampu yang boleh dan tidak perlu saya bersedih atau menagih simpati,” katanya.

Maimon yang kali terakhir terlibat dalam penggambaran drama Raja Bola (RTM) pada awal bulan lalu berkata, dia amat menghargai doa dan sumbangan peribadi teman-teman rapat dan keluarga dalam meringankan bebannya.

“Saya pun sudah sebulan tak berlakon. Duit simpanan pun sudah habis kerana saya menanggung perbelanjaan keluarga.

“Mujurlah ada juga sumbangan ikhlas kawan-kawan yang sudi membantu meringankan kos rawatan.

“Namun, saya tidak boleh terus mengharapkan bantuan. Selagi termampu saya akan lawan penyakit ini kerana saya tiada banyak duit,” katanya.

Jangan Lupa Komen Yer !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge