Pelakon Mengandung Anak Luar Nikah !!!

Berita dan gossip sebegini memang sering kali berada di corong-corong ruangan gossip samada di dada akhbar ataupun laman sesawang. Namun siapakah empunya diri masih menjadi tanda tanya, sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah artis yang akan bersalin dalam masa 2 bulan ini. Nak tahu lebih lanjut bacalah info dibawah “

BAGAI nak tersembul bebola mata CAK yang berwarna coklat ini apabila seorang teman mendedahkan perkembangan terbaru seorang artis yang tak pernah surut dengan kontroversi.


Lepas satu, satu cerita panas mengenainya diperkatakan, tetapi semua ditepis kononnya dia mangsa keadaan.

Kalau sudah selalu sangat ada masalah, takkan mangsa keadaan kut? CAK pun tak kuasa ulang balik kontroversi diva yang merasakan dirinya hebat dan sofistikated itu. Rimas! Bukan bermakna CAK berseteru atau tak suka padanya tetapi mual dengan penafian tidak masuk akalnya. 

Berbalik kepada cerita kawan CAK tadi, khabarnya pelakon yang sudah lama tidak muncul di kaca TV dan khalayak ramai ini sebenarnya bertapa.

Bukan mencari ketenangan rohani atau menuntut ilmu memperkasakan diri ye, tetapi bersembunyi untuk menutup aib akibat terlalu menurutkan nafsu.

Di mana dia bersembunyi tidak pula CAK pasti tapi jika kaji balik luahannya yang sering merungut mengenai macam-macam masalah, rasa-rasanya masih dalam negara. Difahamkan, artis jelita ini sarat hamil dan anak dalam kandungan itu tidak ada bapa yang sah. 

Dia yang pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan beberapa zuriat dijangka bersalin dalam tempoh sebulan dua lagi.

Bagaimanapun, daripada apa yang diceritakan seorang sumber kepada teman CAK, ada lagi yang lebih mengejutkan perihal perkhabaran berkenaan. 

Mahu tak terkejut apabila jejaka yang sering mendampingi si diva tidak mengaku anak itu adalah benihnya. Alasan diberi, bukan dia saja yang meniduri artis itu.

Ish.. ish.. ish.. Kalau benar apa yang CAK dengar, memang perkara ini memalukan. Apa tidaknya, artis ini tidak bersuami, tiba-tiba hamil lagi. Tak pernah dengar pula CAK wanita hamil tanpa sumbangan benih daripada kaum Adam melainkan Siti Mariam.

Namun tak tahulah kalau artis ini mendakwa bahawa dirinya mengandungkan anak orang bunian seperti mana cerita mistik yang sering menghiasi majalah berkonsepkan misteri.

Nak kata kawan CAK buat cerita, rasanya tidak sebab perkembangan ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai.

Lagipun memang sudah lama CAK tak bersua muka dengan artis ini, malah dia yang dulunya sering berkongsi cerita dengan teman media tiba-tiba senyap seribu bahasa kebelakangan ini.

Apapun, CAK tidak mahu menuduh membuta-tuli selagi tidak nampak depan mata. Harap-harap, dalam seminggu dua ini CAK dapat berkomunikasi dengan artis ini untuk mengetahui sejauh mana kebenaran mengenai perkhabaran yang panas bagaikan baulu baru keluar daripada ketuhar ini.

Info : Hmetro Online
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis

Direct Email

Jangan Lupa Komen Yer !!

One Response to Pelakon Mengandung Anak Luar Nikah !!!

  1. Anonymous says:

    kenapa guna gmbar almy nadia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge