Pengakuan Zul Ariffin Cintakan Gayatri Su Lin Pillai

Zul Ariffin

Jika sebelum ini Zain Saidin secara terbuka meluahkan isi hati beliau dalam Instragram, kini tiba pula bekas kekasih Akak Abby Abadi, yakni Zul Ariffin yang dikatakan sedang menyulam cinta dengan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai.

Dan kemuncaknya apabila beliau menjawap soalan wartawan dengan jawapan berikut :

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, berkata, perhubungan cinta itu sudah tujuh bulan dijalinkan dan ia masih lagi di peringkat awal dalam mengenali antara satu sama lain.

“Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filemPenanggal sekitar bulan Mei lalu.

“Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.

“Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya,” katanya.

Beberapa bulan lalu, gosip Zul yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri tersebar namun Zul mahupun penerbit filem itu enggan memberikan sebarang komen tentang hubungan tersebut.

Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua mereka, hUbungan cinta yang dijalinkan itu tetap dipersoalkan.

Zul dikatakan mempunyai citarasa ke arah wanita yang lebih matang memandangkan sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan Abby Abadi lebih kurang selama dua tahun.

Sementara itu, Zul berharap agar tiada yang cuba membangkitkan isu tentang jarak umur antara mereka yang jauh berbeza kerana keputusannya untuk menjalinkan hubungan dengan Gayatri tidak ada kena mengena dengan status atau usia wanita itu.

“Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan. <— betul sbb sebelum ini dengan Abby :)

“Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan,” ujarnya. <— Hurmmm lamar je bro :)  

ZoOM : Kalau betul pun apa salahnya….Anda perasaan tak sekarang ni anak-anak muda bernama jejaka suka sangat dengan wanita berumur ….WHY ? ada siapa-siapa dekat sini boleh jelaskan dan kongsi bersama pembaca di ZoOMartis ?

Jangan Lupa Komen Yer !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge